AKAN TIBA MASA... TANGAN & KAKI BERBICARA
www.iLuvislam.com
oleh: Muhtar Suhaili*
As-Sarawaki, 15 Mei 2007: Alhamdulillah, hari ini sekali lagi saya mengambil cuti rehat iaitu cuti in-lieu ke offshore tempoh hari. Cuti-cuti untuk merehatkan minda dan beroleh peluang untuk membaca buku-buku yang masih tersadai belum dibaca. Mudah-mudahan akan beroleh manfaat bermakna dan booster terbaik dari buku-buku berkenaan. Membacalah, anda pasti akan beroleh nafas, ilmu dan semangat baru menghadapi hari-hari depan!
Beberapa hari ini ketika memandu ke tempat kerja, satu sticker yang terpamer di belakang sebuah kereta Kancil putih amat menarik perhatian saya. Kata-kata yang tertera di sticker tersebut telah membuat saya berfikir panjang sekaligus menjadi muhasabah yang sangat memberi kesan di hati. Inilah ayat power yang sesungguhnya mengandungi kebenaran dan maksud mendalam yang amat sahih: “GOD IS GOOD ALL THE TIME!”
Ya, benarlah betapa Allah SWT yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim itu sentiasa berbuat baik kepada hamba-hambaNya. Sebagaimana yang dinukilkan oleh Akhi Al-Qasam ketika membicarakan tentang ‘What love is all about’, antara sayang manusia dan kasih Allah, amat jauh bezanya. Sedarlah kita, bahawa sehebat mana cinta, kasih dan sayang pada manusia tidak mampu menandingi kasih sayang Allah yang Maha Hebat dan luas terhadap hambaNya.
Sedalam mana juga sifat ihsan dan belas kasihan dalam sanubari kita masih tidak mampu juga menandingi pengampunan dan Maghfirah Allah. Kerana Allah, luasnya kasih sayangNya akan mengampunkan sekian dosa makhlukNya. Sedang kita, sukar untuk melupakan walau boleh memaafkan kerana di situ membuktikan akan sifat kita selaku manusia yang terbatas sifat dan kasihnya.
Sebagai manusia bagi kita segalanya terbatas samada kasih pada keluarga, teman-teman, pasangan hidup atau binatang. Luahkanlah, sayangilah sehebat mana jua masih sedikit andai ingin dibandingkan dengan kasih sayang Allah yang MAHA LUAS dan TIDAK TERBATAS. Hanya dengan tajalliyat dari sifat RAHMAN dan RAHIM Allah, maka merasalah dan memilikilah kita rasa sayang untuk diaplikasikan kepada yang hak, untuk yang hak dan demi menunaikan hak di alam ini.
Love without boundaries hanya ada pada Allah dan hanya dimiliki Allah. Kita tidak akan ada rasa sebegitu walau kita mengakuinya kerana kita… MANUSIA. Kalau kita mengimpikan memiliki cinta daripada manusia yang eternal dan everlasting maka ia ibarat bermimpi di siang hari. Sehebat mana kuasa cinta yang diperolehi dari manusia tidak terbanding dengan luar biasanya kasih sayang Allah. Tidak terbanding pasti!
Bertitik-tolak dari itu, saya ingin mengajak diri saya dan tetamu ziarah sekalian, marilah kita terus istiqamah beribadah kepada Allah SWT dan berbuat kebaikan sesama manusia dalam segala urusan kehidupan seharian kita iaitu dengan sentiasa menjaga habluminalLah dan habluminannas kita. Semoga dengan taufiq dan hidayah Allah SWT, kita semua akan menjadi insan cemerlang di dunia dan Akhirat. Sesungguhnya, bagi seorang Full Time Muslim (there’s no such thing as a Part-Time Muslim), tiada istilah menganggur di dalam berbuat kebaikan!
Allah SWT berfirman di dalam Kitab Suci Al-Qur’an Al-Karim:
“…Dan berbuat baiklah sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Surah al-Qashash, ayat 77)
“…Dan berbuat baiklah kalian, kerana sesungguhnya Allah SWT mencintai orang-orang yang berbuat baik.” (Surah al-Baqarah, ayat 195)
“Sesungguhnya Allah memerintahkanmu untuk berbuat adil dan kebaikan…” (Surah an-Nahl, ayat 90)
“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh baik lelaki ataupun perempuan sedang ia orang yang beriman, maka mereka masuk ke dalam Syurga dan mereka tidak akan dianiayai walau sedikitpun.” (Surah an-Nisa’, ayat 124).
“Bermuhasabahlah Selalu.. Semoga Kita Temui Jawapan ‘Kita Ini Siapa?’..”
KETIKA TANGAN DAN KAKI BERKATA
Syair indah yang digubah menjadi lagu dendangan Chrisye ini, pasti akan membuat kita merenung.. Fikirkanlah, ketika tiba saatnya mulut kita dikunci.. Dan tangan, kaki serta seluruh organ tubuh yang lain akan berbicara.. Pada ketika itu hanya kejujuran yang ada tanpa dusta dan kebohongan. Bersediakah kita menghadapi hari, masa dan ketika tersebut? Tepuk dada, tanya iman.
[Nota: Al-Fatihah. Chrismansyah Rahadi (Chrisye) telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, 30 Mac 2007 yang lalu. Semoga amal ibadahnya diterima oleh Allah SWT. Amiin.]
Sila download mp3 ’Ketika Tangan dan Kaki Berkata’ di sini.
Akan datang hari
Mulut dikunci
Kata tak ada lagi
Akan tiba masa
Tak ada suara
Dari mulut kita
Berkata tangan kita
Tentang apa yang dilakukannya
Berkata kaki kita
Kemana saja dia melangkahnya
Tidak tahu kita
Bila harinya
Tanggung jawab tiba
Rabbana
Tangan kami
Kaki kami
Mulut kami
Mata hati kami
Luruskanlah
Kukuhkanlah
Dijalan cahaya
Sempurna
Mohon karunia
Kepada kami
Hamba-Mu yang hina
Justeru, marilah kita semua sedar, insaf dan taubat nasuha dari segala kesalahan dan kesilapan kita sebelum datangnya ajal maut kepada kita. Ketahuilah, Allah SWT mengampuni hamba-hambaNya selagi mana tidak mencapai batasan Syirik. Ya Allah, ampunilah kami dan berilah kami kekuatan untuk mencintaiMu sepenuh hati kami serta pilihlah kami menjadi hamba-hambaMu yang soleh dan solehah. Amiin.
“Semoga George W. Bush Beroleh Hidayah Untuk Kembali Kepada Fitrah”
Firman Allah SWT di dalam Kitab Suci Al-Qur’an Al-Karim:
“Dan kalaulah tidak kerana kemurahan Allah dan kasih sayangNya kepada kamu, tiadalah seorang pun di antara kamu yang bersih buat selama-lamanya, tetapi Allah mensucikan orang-orang yang dikehendakiNYA; dan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.” (Surah an-Nur, ayat 21)
Sesungguhnya, kematian bukanlah kebinasaan yang memberi erti punah, sirna, hancur luluh, tiada lagi. Tapi mati itu adalah gerbang menuju kehidupan yang abadi di Akhirat. Sebelum ke alam Akhirat, maka kita akan melalui kehidupan alam barzakh, sama ada dalam keni’matan atau dalam kesengsaraan berdasarkan apa yang telah dilakukan sewaktu menjalani kehidupan duniawi. Para Nabi memiliki kehidupan barzakhiyyah yang paling istimewa diikuti oleh para shiddiqin, syuhada’ dan sholihin. Lalu bagaimanakah keadaan kehidupan kita nanti di alam barzakh sana? Fikir-renungkanlah.. Bersamalah kita berdoa mudah-mudahan kita hidup di alam barzakh dengan kehidupan istimewa seperti para kekasih-kekasih Allah ini. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.
Wallahu a’la wa a’lam.
*Saudara Muhtar bin Hj Suhaili pernah menjawat jawatan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kini beliau bertugas sebagai jurutera di Sarawak Shell Berhad. Nukilan saudara Muhtar Suhaili boleh didapati di laman web beliau, muhtarsuhaili.wordpress.com
SUMBER : KLIK DI SINI
No comments:
Post a Comment