Kenyataan Obama Yang Melegakan
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Barrack Obama, Presiden baru Amerika Syarikat yang memenangi pilihanraya presiden.
Begitu banyak artikel dan pelbagai andaian baik dan buruk tersebar kepada awam terutamanya sejurus selepas beliau diwartakan sebagai pemenang pilihanraya Presiden.
Saya sendiri masih belum berupaya membuat kajian dan analisa terhadap agenda presiden baru ini dan juga tidak mampu untuk mempercayai atau menolak semua artikel-artikel yang tersebar berkenaannya.
Kaitannya dengan Yahudi, orang kanannya, bantuan dan lobi mereka untuk Obama, itu sudah dimaklumi malah hampir menjadi pra syarat kepada semua calon Presiden US untuk menang buat masa ini ( waktu akan datang, wallahu'alam).
PENGUNDI DAN PENDUDUK
Namun demikian, peningkatan jumlah pengundi bukan jenis dari warga Amerika berkulit putih dan bukan pula dari kalangan penyokong dan pendokong idea Yahudi di Amerika mungkin akan membimbangkan Yahudi.
Menurut berita yang disiarkan sejurus kemenangan Obama, dianggarkan pengundi kulit putih US akan menjadi minority beberapa tahun lagi. Pengundi Hispanic, American African, Asian dan lain-lain pastinya akan menggangu kuasa lobi Yahudi untuk jawatan presiden.
Berikut adalah anggaran jumlah penduduk kulit hitam
According to the US Census Bureau. in 2007 there were 40.7 million Blacks in America of the total population of 301.6 million. That's 13.4% of the total U.S. population. The black population exceeded 500,000 in 20 states. Blacks were the largest minority group in 24 states, compared with 20 states in which Hispanics were the largest minority group.
Bagi sesiapa yang ingin melihat sendiri data dari kerajaan US, sila buka statisticnya di sini . Namun kesimpulannya adalah seperti berikut :-
Population projections=== | ||
| 2008 | 2050 |
68% | 46% | |
15 % | 30% | |
12% | 15% | |
5% | 9% |
Apapun andaian kita, harapan, sangka buruk dan sangka baik kita terhadap presiden baru Barrack Obama ini. Benar, ada yang mengatakannya akan memulkana perang dunia ketiga sedikit masa lagi. Ia akan bermula sejurus wujud negara-negara di duni yang mula hilang yakin dengan dollar dan menukar penggunaan matawang lain bagi perdagangan antarabangsa mereka.
Terdapat seorang rakyat Amerika yang berkata kepada saya, Iraq diserang pada tahun 2003 yang lalu bukanlah kerana pengganas atau Saddam dan lain-lain, tetapi kerana Saddam mula beralih kepada matawang lain sebagai matawang asas dalam perdagangan antarabangsa. Wallahu'alam.
KENYATAAN TERBUKA TERBARU
Di samping seluruh andaian dan ramalan tersebut, saya terpaksa menyatakan lega dan agak gembira apabila semalam (17 Nov 2008) apabila Obama muncul buat kali pertama dalam interview di sebuah stesyen television dan disiarkan di seluruh United Kingdom bahawa beliau akan :-
- 1) Menamatkan perang di Iraq dan mengundurkan semua tenteranya yang berada di sana DALAM MASA 16 BULAN lagi. Saya lega kerana umat Islam di Iraq kini akan berpeluang bebas dari kezaliman tentera US di Iraq yang berterusan setiap saat dan minit.
- 2) Menutup penjara Guantanamo yang penuh dengan penderaan. Apa itu Guantanamo ? ia adalah berikut
The Guantanamo Bay Naval Base, established in 1898, surrounds the southern portion of the bay. Since 2002 the base has hosted a detainment camp for suspected militant combatants from Afghanistan and from around the world, but specifically not for captives taken in Iraq, who qualify for POW status. ( wikipedia.org)
Dengan pengunduran daripada Iraq ini, saya amat juga berharap agar penjara Abu Gharib di Iraq yang menjadi tempat penderaan seksual terhadap tahan Islam lelaki dan wanita, siksaan mental dan fizikal umat Islam juga bakal ditutup. Apa itu Abu Gharib?
The Abu Gharib prison (Arabic: سجن أبو غريب; also Abu Ghurayb) is in Abu Ghraib, an Iraqi city 32 km (20 mi) west of Baghdad. It became internationally known as a place where Saddam Hussein's government tortured and executed dissidents, and later as the site of Abu Ghraib torture and prisoner abuse scandal where the United States military's torture of Iraqi detainees was revealed in a series of photographs published in worldwide news media. ( wikipedia.org)
Sebahagian yang dinyatakan terbuka ini telah sebelum ini tercatat di manifesto webnya.
Namun kini ia disebut dengan maha jelas dalam berita semalam.
Saya tahu dan faham, anda boleh mengandakan pelbagai idea canggih di sebalik kenyataan Obama ini. Anda juga pastinya akan skeptic dengan rancangannya dan pasti akan menjangka US akan menguasai Iraq secara diplomatik pula dan lain-lain. Namun, saya tetap merasa sedikit lega dengan kenyataan pengunduran itu.
Kesimpulannya, setakat ini ada sedikit kelegaan dalam janji dan kenyataan media terbaru Presiden Obama ini. Adapun yang bakal menjelma, sama-sama kita lihat, nilai dan doa agar ia tidak merupakan bala buat Islam dan dunia.
Saya juga bukanlah pakar politik antarabangsa yang bijak menganalisa berita dan kenyataan. Justeru, anda tidaklah terikat sama sekali untuk menyokong entry ini atau menolaknya. Sebagai orang awam, saya rasa agak gembira.
DENGARKAN PETIKA TEMURAMAH ITU DI SINI
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
No comments:
Post a Comment