Saturday, October 10, 2009

Pencemaran Di dalam Ajaran Islam

MACAM DARI AJARAN ISLAM
OIeh DR. ABDULLAH YASIN
ISLAM AGAMA SEMPURNA

AGAMA Islam sudah sempurna dan lengkap. Rasulullah s.a.w. tidak diwafatkan kecuali setelah agama Islam disampaikannya kepada umat dengan lengkap dan tuntas.

Allah berfirman di dalam al Quran: “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu ni’mat-Ku dan telah Kuredai Islam itu menjadi agama bagimu. ” – Surah aI-Maidah, ayat 3.

Sementara itu sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya siapa di antara kamu yang hidup nescaya dia akan melihat banyak perselisihan (yang akan terjadi). Oleh itu berpegang teguhlah kepada sunnahku dan sunnah khulafa-ur-rasyidin yang mendapat petunjuk, gigitlah dia (sunnah sunnah itu) dengan geraham. Hindarkanlah olehmu mengada-ngada akan perkara baru (dalam urusan agama), tiap-tiap perkara baru adalah bid’ah dan tiap-tiap bid’ah adalah sesat. “- Hadis sahih riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

Berdasarkan ayat yang terakhir diturunkan dan wasiat Rasulullah s.a.w. menjelang wafatnya di atas dapatlah diambil beberapa kesimpulan, antaranya:

1. Agama Islam sudah lengkap. Ia tidak perlu ditambah-tambah lagi dengan perkara perkara baru.
2. Segala penambahan baru dalam urusan agama dinamakan bid’ah dan semua bid’ah adalah sesat.
3. Nabi s.a.w. telah membayangkan sejak 1500 tahun yang laIu bahawa kelak akan muncul banyak berbalahan dalam urusan agama.
4. Nabi s.a.w. juga telah memberi panduan bahawa cara yang paling selamat ialah berpegang teguh dengan sunnahnya dan sunnah khulafa-ur rasyidin.

PENCEMARAN AGAMA ISLAM

Telah dikenal pasti dalam sejarah bahawa pencemaran terhadap ajaran Islam bermula sejak ia tersebar di luar Jazirah Arab. Orang-orang Ajam (bukan Arab) yang baru memeluk agama Islam yang mempunyai latar belakang kepercayaan dan amalan serta adat istiadat masing-masing telah secara disadari atau tidak disadari memasukkan banyak unsur-unsur kepercayaan dan adat istiadat mereka ke dalam ajaran Islam.

Ini tidak terkecuali dengan apa yang berlaku di Jazirah Arab sendiri yang masih tebal lagi dengan keyakinan dan amalan jahiliyahnya. Oleh sebab itu barangkali Nabi Muhammad s.a.w. melarang sahabat-sahabatnya yang baru memeluk Islam dariada menziarahi kuburan pada waktu itu.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: ‘Dulu aku melarang kamu daripada menziarahi kubur, ada pun sekarang ziarahilah dia kerana sesungguhnya dia (ziarah kubur) itu mengingatkan kamu kepada akhirat” – Hadis riwayat Imam Muslim.

Berkat kesungguhan Rasulullah s.a.w. membimbing umat Arab ketika itu dengan ajaran Allah yang berteraskan Kitabullah dan Sunnahnya maka dalam masa yang relatif singkat keadaan umat Arab menjadi berubah. Mereka yang pada awalnya dikenal sebagai kaum yang bergelimang dengan syirik dan maksiat, akhirnya menjadi umat yang benar benar mentauhidkan Allah dan membela ajaran-Nya yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w.

Islam di Nusantara

Dan tidak kita nafikan bahawa agama Hindu telah bertapak di Kepulauan Nusantara ini sejak lama sebelum kedatangan agama Islam yang di bawa oleh pedagang muslim dan Gujarat atau Hadhramaut. Sambil berdagang mereka menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk tempatan. Dan penyampaian Islam ketika itu sangat sederhana. Untuk memberi kesedaran beragama Islam kepada masyarakat ketika itu para pendakwah telah menggunakan berbagai cara yang dikira munasabah dan menarik. Oleh itu, muncullah ketika itu amalan dakwah melalui gamelan, wayang kulit dan kesenian Iainnya.

Nenek moyang kita pada waktu itu, sama ada mereka condong dengan ajaran Hindu atau berfaham animisma yang meyakini kuasa-kuasa roh, telah menerima ajaran Islam dengan cara yang sangat sederhana pula. Pendedahan Islam ketika itu tidak sama sebagaimana yang kita saksikan pada hari ini. Hal itu memang wajar. Yang penting kita wajib bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan mereka sebagai penyebab sampainya agama Islam ke kawasan Nusantara ini.

Hanya saja di sini kita ingin tekankan bahawa ekoran daripada penyampaian Islam yang sangat sederhana itu telah membuat kebanyakan nenek moyang kita tidak mampu untuk membedakan secara pasti, yang mana ajaran Islam yang sebenarnya dan mana pula ajaran Hindu atau fahaman animisma.

Akidah Kelabu

Islam menyuruh penganutnya agar memiliki akidah yang putih bersih tanpa bercampur syirik sedikit pun, sedangkan akidah Hindu pula adalah akidah yang hitam kerana kekaburan tentang batasan antara akidah Islam dengan akidah Hindu; akhirnya kita memiliki akidah kelabu. Ditinjau dari satu sudut memang tidak hitam akidahnya, tetapi jika ditinjau dari sudut lain memang tidak hitam akidahnya, namun demikian jika ditinjau dan sudut lain pula, juga tidak putih bersih sebagaimana dikehendaki Islam.

Demikianlah akibatnya kalau Islam tidak digali danpada sumbernya yang asal iaitu al-Quran dan Sunnah Rasul. Kalau nenek moyang kita dulu dalam kejahilan tentang selok belok ajaran Islam, kita doakan semoga mereka mendapat kemanafaatan dan ampunan daripada Allah SWT. Kerana kondisi mereka ketika itu jauh berbeda dengan keadaan kita hari ini dari segi pendedahan kepada ilmu-ilmu Islam.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Aku tingga!kan kepada kamu dua perkara, jika kamu berpegang teguh pada kedua duanya; maka sekali-kali kamu tidak akan sesat untuk selama-Iamanya, iaitu Kitabullah dan Sunnahku” – Hadis riwayat Ahmad dan lbnu Majah.

Mempelajari al-Quran dan Hadis Rasul pada hari ini jauh lebih mudah jika dibandingkan dengan zaman silam. Al-Quran telah diterjemahkan dan ditafsirkan dalam bahasa yang kita boleh fahami. Dan hadis Rasulullah s.a.w. juga demikian. Kitab-kitab agama dalam semua selok-beloknya telah ditulis dan diterjemahkan dengan bahasa yang mudah difahami dan mudah pula kita perolehi. Masalahnya, antara mahu atau tidak saja. OIeh itu, jika umat Islam hari ini masih jahil lagi sudah ada dan banyak, maka dalam hal ini tidak siapa yang patut untuk dipersalahkan kecuali diri mereka sendiri.

Islam Agama Ilmu

Islam adalah agama ilmu dan yakin. Islam bukan agama warisan atau sangkaan. Atas dasar ini, maka tidak mustahil kalau sesetengah muallaf (orang yang baru masuk Islam) yang mendalami ilmu-ilmu Islam dan sumbernya yang asal yakni al Quran dan al-Hadis serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian ternyata akan lebih tinggi kualiti keislamannya jika dibandingkan dengan seseorang yang sudah Islam sejak lahir, kalau Islamnya hanya terikat dan terbatas pada apa yang mereka warisi daripada nenek moyang saja walaupun ianya telah berada dalam Islam melebihi 70 tahun.

Kita tidak nafikan bahawa banyak juga tradisi baik yang perlu kita ambil dari warisan nenek moyang. Tetapi yang perlu diingat ialah kita mestilah pastikan bahawa warisan itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Tetapi kalau nyata nyata bertentangan dengan ajaran Islam maka kita tidak ada pilihan lain kecuali menolaknya. lnilah sikap mukmin dan mukminah yang hakiki.

Allah berfirman di dalam al-Quran: “Dan tidaklah patut bagi laki-laki dan tidak (pula) bagi perempuan mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan satu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguhlah dia telah sesat dengan sesat yang nyata.” – Surah al-Ahzab, ayat: 36.

Ayat di atas dengan tegas menyatakan bahawa mukmin dan mukminat tidak memiliki pilihan lain selain pilihan Allah dan Rasul-Nya. Jika mereka tidak bersikap demikian maka mereka digolongkan dalam kesesatan yang nyata. Dan inilah sebenarnya kandungan dan tuntutan utama daripada Dua Kalimah Syahadat.

Syarat Amal Yang Makbul

Dua Kalimah Syahadah adalah asas ajaran Islamiyah. Syahadat Pertama bukan saja menuntut kita agar mentauhidkan Allah (ikhlas) tetapi juga agar kita memerangi syirik dan Syahadat Kedua pula bukan saja menuntut kita agar mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w. (ittiba’) tetapi juga agar kita memerangi bid’ah.

Dua Kalimah Syahadat yang mengandungi dua unsur yang tersirat iaitu ikhlas dan ittiba’ adalah syarat utama agar amal ibadah kita diterima oleh Allah. Dan inilah rahasianya mengapa dua kalimah syahadat mengatasi semua rukun Islam yang lain. Kerana solat, puasa, zakat dan haji dan ibadah-ibadah lainnya hanya akan diterima oleh Allah jika dilakukan dengan ikhlas dan ittiba sunnah (mengikuti) cara Rasulullah S.a.w.

Syaitan dan Umat Islam

Bendasarkan keterangan di atas jelaslah bahawa ajaran Islam mestilah bertitik tolak daripada tauhid dan ittiba’ Rasul. Tanpa kedua-duanya amalan kita ditolak
dan tidak diterima oleh Allah SWT. Oleh sebab itu, kita tidak perlu hairan mengapa musuh utama kita iaitu syaitan sangat gemar agar umat Islam membuat perkara syirik dan bid’ah. Untuk itu perhatikanlah kandungan ayat dan hadis berikut ini.

Firman Allah di dalam al Quran: “Sekiranya engkau melakukan syirik nescaya hancur musnah amalanmu, dan kelak engkau pasti menjadi orang yang rugi. “- Surah az-Zumar 65.
Dan, sabda Rasulullah saw.: ‘Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan kami ini yang bukan daripadanya maka dia ditolak (tidak diterima) – Hadis Riwayat Muslim.

Oleh sebab itu, kaifiyat pengajaran Islam yang diwarisi dari zaman silam yang lebih menekankan ibadah, bukan akidah adalah bercanggah dengan kaifiyat dakwah Rasulullah s.a.w. Kita sepatutnya mestilah tekuni dan mantapkan terlebih dahulu Dua Kalimah Syahadat sebelum solat dan ibadah-ibadah lainnya. Dan sememang demikianlah urutan tertib dalam rukun Islam yang lima dan demikian pula tertib dakwah Rasulullah s.a.w.

Sikap Orang Jahiliyah

Umat Islam yang sebenamya akan sentiasa berkata:
“Sami’naa wa atha’naa” (Kami dengar dan kami patuhi) bila berhadapan dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya. Dan sikap tersebut berbeda dengan sikap orang-orang di zaman jahiliyah. Ini sebagaimana diceritakan oleh Allah SWT. Dalam banyak ayat ayat al-Quran, antaranya:

“Apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul” Mereka menjawab: “Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati dari nenek moyang kami mengerjakan nya” Dan apakah mereka akan mengikuti juga nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa apa dan tidak (pula) mendapat hidayah?”- Surah aI-Maidah, ayat 104.

Kisah yang hampir serupa kandungannya boleh juga dilihat pada ayat-ayat berikut: al-A’raaf: 28, Yunus: 78, al-Anbiya’: 53, al Syu’araa: 74, Luqman: 27 dan al Zukhruf: 22.

Atas dasar ini nyatalah bahawa sikap sesetangah umat Islam yang membelakangi ajaran al Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. kerana terlalu terikat dengan adat isti’adat nenek moyang sebenarnya adalah sikap orang jahiliyah, bukan sikap muslim yang hakiki yang benar taat kepada Allah dan Rasul Nya.

Warisan Yang Bercanggah

Macam dari ajaran Islam maksudnya, beberapa amaIan atau kepercayaan yang dipandang seperti yang bersumberkan dari Islam padahal sebenarnya jika diteliti dengan cermat ia bukanlah dari ajaran Islam. Dan penyebab utama hal ini boleh terjadi ialah kerana kedangkalan ilmu kita tentang dua sumber ajaran Islam yang utama iaitu al-Quran dan al-Hadis.

Di antara keyakinan dan amalan nenek moyang yang mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan bid’ah yang masih diwarisi oleh sebahagian masyarakat Islam hari ini seperti:
1. Memohon kepada Allah melalui wali-wali tertentu yang telah wafat kononnya agar doanya kekal makbul.
2. Mendatangi kubur-kubur tertentu untuk menunaikan nazar.
3. Meyakini hari Rabu terakhir bulan Safar sebagai hari sial.
4. Meyakini roh orang mati balik ke rumah.
5. Meyakini thayarah iaitu menghubung-kaitkan suatu musibah dengan suatu kejadian seperti kenan dan sebagainya.
6. Kenduri arwah setelah 3 hari atau 7 hari atau 40 hari atau 100 hari atau setahun setelah kematian.
7. Meyakini bomoh mengetahui perkara ghaib.
8. Puja semangat padi dan puja pantai.
9. Acara tepung tawar untuk pengantin.

Ini hanya segelintir daripada sekian banyak adat istiadat yang masih dilakukan oleh masyarakat kita. Mereka mengira itu semua adalah ajaran Islam, tetapi sebenarnya bukan dari ajaran Islam.

Orgasma Tanpa Bersetubuh!

Orgasma Tanpa Bersetubuh

Alhamdulillah ana mendapatkan tulisan Syaikh Shalih Al Munajid insyaallah
menjawab pertanyaan Ukhti.

Beza Antara Mani Dengan Madzi
Soal No. 2458

Soalan :
Biasanya ketika bangun tidur pada pagi hari saya mendapati cecair
membasahi seluar dalam. Tidak kira saya mimpi basah atau buang air kecil, akan
tetapi saya biasa mengeluarkan madzi atau cecair kental setiap kali bangun daripada
tidur pada pagi hari. Biasanya saya mencuci pakaian dan seluar dalam saya
disebabkan cecair itu. Kemudian saya baca di dalam sebuah buku bahawa jika cecair itu
tidak mengandungI sperma dan hanya sekadar madzi sahaja, maka tidak perlu mandi
janabah, cukup berwudhu’ sahaja jika hendak shalat. Jika memang demikian,
bagaimanakah dengan pakaian yang terkena madzi itu? Saya perhatikan madzi itu
juga keluar pada saat sempit dan sibuk padahal saya telah menjauhi seluruh
perkara yang dapat menyebabkan keluarnya madzi!

Jawapan :
Alhamdulillah, beza antara madzi dengan mani adalah sebagai berikut:

1-Bentuk dan sifatnya.
Mani lelaki berbentuk cairan pekat berwarna putih, adapun mani wanita cair
berwarna kuning. Sebagaimana disebutkan di dalam hadits Ummu Sulaim
Radhiyallahu ‘Anha bahawad ia bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa
Sallam tentang seorang wanita yang bermimpi di dalam tidur sebagaimana yang dialami
kaum lelaki (mimpi basah).

Rasul SAW bersabda: “Jika dia melihat keluarnya mani maka wajib mandi.”
Dengan malu-malu Ummu Sulaim Radhiyallahu ‘Anha bertanya: “Apakah seorang
wanita juga mengalaminya (mimpi basah)?”
Rasul SAW menjawab: “Kalau begitu bagaimana mungkin seorang anak boleh mirip
ibunya? Sesungguhnya mani lelaki itu pekat berwarna putih dan mani wanita cair
berwarna kuning, siapa saja di antara keduanya yang lebih awal atau lebih
dominan maka kemiripan akan condong kepadanya.”
Muttafaqun ‘Alaihi (Shahih Muslim No:469)
Dalam Syarah Shahih Muslim (III/222), berkaitan dengan sabda nabi: Mani
lelaki pekat berwarna putih, mani wanita encer berwarna kuning, Imam An-Nawawi
berkata:
“Hadits ini merupakan kaedah yang sangat mulia di dalam menjelaskan bentuk
dan sifat mani. Itulah sifatnya di dalam keadaan biasa dan normal. Alim ulama
berkata: “Dalam keadaan sihat mani lelaki itu berwarna putih pekat memancar
sedikit demi sedikit di saat keluar. Biasa keluar bila dikuasai dengan syahwat dan
sangat nikmat saat keluarnya. Setelah keluar dia akan merasakan lemas dan akan
mencium bau seperti bau mayang kurma, iaitu seperti bau adunan tepung. Warna
mani boleh berubah disebabkan beberapa hal di antaranya: saat sedang sakit,
maninya akan berubah cair dan kuning, atau kantung testis melemah sehingga mani
keluar tanpa dipacu oleh syahwat, atau kerana terlalu sering bersenggama
sehingga warna mani berubah merah seperti air perahan daging dan kadangkala yang
keluar adalah darah.

Beberapa ciri yang dijadikan panduan dalam mengenal mani adalah:

1-Memancar akibat dorongan syahwat disertai rasa lemah setelahnya.
2-Baunya seperti bau mayang kurma sebagaimana yang telah dijelaskan.
3-Keluarnya dengan memancar sedikit demi sedikit.

Salah satu dari ketiga ciri tersebut cukup untuk menentukan apakah yang keluar itu mani ataukah bukan. Jika tidak ditemui salah satu daripada ketiga-tiga ciri di atas maka tidak boleh dihukumi sebagai mani kerana dengan begitu hampir boleh dipastikan bahawa ia bukan mani. Ini berkaitan dengan mani lelaki. Adapun mani wanita warnanya kuning dan cair. Kadangkala warnanya putih bila kekuatannya melebihi kadar biasa.

Ada dua ciri yang jadi panduan dalam menentukan mani wanita.
1-Baunya seperti bau mani lelaki.
2-Nikmat saat mengeluarkannya dan merasakan lemah setelah itu.

Adapun madzi, hanyalah cecair lekat berwarna putih. Biasanya keluar
disebabkan mengkhayalkan hubungan intim atau terlintas keinginan berhubungan
intim. Umumnya keluar tanpa dorongan syahwat, tidak memancar dan tidak disertai
rasa lemah setelah mengeluarkannya. Keluarnya madzi biasanya dialami kaum wanita
dan kaum lelaki, namun dalam hal ini kaum wanita lebih sering mengalaminya.”
Silakan lihat Syarah Shahih Muslim karangan Imam An-Nawawi III/213.

2- Hukum yang timbul kerana mengeluarkan mani atau madzi.
Orang yang mengeluarkan mani diwajibkan mandi janabah, baik maninya keluar
saat sedar kerana bersetubuh atau sebab lainnya ataupun saat tidur (mimpi
basah). Adapun orang yang mengeluarkan madzi cukup berwudhu’ saja.

Dalilnya riwayat Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘Anhu dia berkata:
“Saya adalah seorang lelaki yang sering mengeluarkan madzi. Sayapun menyuruh
Miqdad untuk menanyakan hal itu kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam.
Rasulullah berkata: “Cukup berwudhu’ saja!”
Muttafaqun ‘alaihi, matan di atas adalah riwayat Al-Bukhari.

Dalam kitab Al-Mughni (I/168) Ibnu Qudamah berkata:
“Ibnul Mundzir mengatakan: Ahli ilmu bersepakat bahawa keluarnya kotoran dari
dubur, keluarnya air seni dari kemaluan, keluarnya madzi dan keluarnya angin
dari dubur menyebabkan hadas serta membatalkan wudhu’.

3- Hukum berkenaan dengan status thaharah dan status kenajisannya.
Menurut pendapat ulama yang terpilih mani statusnya suci.

Dalilnya adalah riwayat ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha ia berkata:

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam biasanya mencuci pakaiannya yang
terkena mani baru kemudian berangkat menuju shalat dengan mengenakan pakaian
tersebut sementara aku masih boleh melihat bekas bilasan pada pakaian tersebut.”
Muttafaqun ‘alaihi.

Dalam riwayat Muslim disebutkan:

“Aku pernah menggesek bekas mani yang tersisa pada pakaian Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam lalu beliau kenakan untuk shalat.”

Dalam lafaz lain berbunyi:

“Aku pernah menggesek mani yang mengering pada pakaian beliau dengan kuku.”

Bahkan diriwayatkan secara shahih bahawa baginda membiarkannya saja mani
yang masih basah (belum mengering). Cukup beliau mengusapnya dengan batang kayu
atau sejenisnya. Sebagaimana disebutkan di dalam riwayat Ahmad (VI/243).
Diriwayatkan dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha bahwa dia berkata:

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pernah menghilangkan bekas mani
pada pakaiannya dengan kayu idzkhir kemudian mengerjakan shalat dengan
mengenakannya. Bila mani itu mengering beliau gosok kemudian mengerjakan shalat
dengan mengenakannya.”
(H.R Ibnu Khuzaimah dalam kitab Shahih beliau dan dinyatakan hasan oleh
Syaikh Al-Albani dalam Al-Irwa’ I/197)

Adapun madzi statusnya najis berdasarkan hadits Ali Radhiyallahu ‘Anhu di
atas tadi.

Dalam sebahagian riwayat disebutkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa
Sallam memerintahkan beliau untuk mencuci zakar dan biji pelir lalu berwudhu’.
Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu ‘Awanah dalam Al-Mushtakhrij.

Dalam kitab At-Talkhis Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata:
“Sanadnya bersih tidak ada cacatnya. Oleh sebab itu, madzi statusnya najis
wajib mencuci zakar dan buah pelir kerana mengeluarknnya serta membatalkan
wudhu’.”

Status pakaian yang terkena mani dan madzi.
Menurut pendapat ulama yang menyatakan mani itu suci maka pakaian yang
terkena mani tidaklah najis.

Seseorang boleh mengerjakan shalat dengan menggunakan pakaian tersebut.

Dalam kitab Al-Mughni (I/763) Ibnu Qudamah berkata:
“Dianjurkan agar menggesek mani yang melekat pada pakaian meskipun kita
telah menyatakan bahawa mani itu suci. Namun tetap sah shalat dengan mengenakan
pakaian yang terkena mani sekalipun belum digesek.”
Adapun madzi, maka cukuplah dengan memercikkan air pada pakaian yang
terkena, kerana sangat menyulitkan bila harus dicuci.

Dalilnya adalah riwayat Abu Dawud dalam Sunannya dari Sahal bin Hanif
Radhiyallahu ‘Anhu bahawa dia berkata:
“Saya merasakan kesulitan yang sangat disebabkan sering mengeluarkan madzi
sehingga saya berulangkali mandi. Lalu saya tanyakan hal tersebut kepada
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Baginda saw menjawab: “Cukup bagimu
berwudhu’!”
“Wahai Rasulullah, bagaimana dengan pakaian yang terkena madzi?” tanyaku
lagi.
“Cukup engkau ambil seceduk air lalu percikkan tempat yang diyakini
terkena madzi” jawab beliau.
H.R At-Tirmidzi, ia berkata: Hadits ini hasan shahih, kami tidak
mengetahui hadits tentang madzi dari Muhammad bin Ishaq kecuali riwayat ini.

Penulis kitab Tuhfatul Ahwadzi (I/373) berkata:
“Hadits di atas merupakan dalil bahawa apabila madzi mengenai pakaian maka
cukup dipercikkan air pada bahagian yang terkena dan tidak perlu dicuci. Wallahu
a’lam.
Islam Tanya & Jawab
Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid

http://groups.yahoo.com/group/assunnah/message/29943

Hukum Memakai Pakaian Labuh di Bawah Buku Lali

Pertanyaan:
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya : Sebahagian orang ada yang
memendekkan pakaiannya di atas kedua mata kaki, tapi seluarnya tetap
panjang. Apakah hukum hal itu?

Jawapan.
Isbal adalah perbuatan haram dan mungkar, sama sahaja sama ada hal itu terjadi
pada baju atau sarung. Dan Isbal adalah yang melewati kedua buku lali berdasarkan sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam.

“Apa yang di bawah kedua mata buku lali berupa sarung, maka tempatnya di neraka.”
[Hadits Riwayat Bukhari]

Dan baginda Shalallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda:

“Ada tiga golongan yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari
kiamat, tidak dilihat dan tidak disucikan daripada dosa serta mereka akan
mendapat azab yang sangat pedih, iaitu pelaku Isbal, pengungkit pemberian
dan orang yang menjual barang dagangannya dengan sumpah palsu.” [Hadits
Riwayat Muslim dalam shahihnya]

Baginda SAW juga bersabda kepaada sebagian para sahabatnya:

“Jauhilah Isbal olehmu kerana itu termasuk kesombongan.” [Hadits Riwayat
Abu Daud dan Turmudzi dengan sanad yang shahih]

Hadits-hadits ini menunjukkan bahawa Isbal termasuk salah satu dosa besar,
walaupun pelakunya mengira bahawa dia tidak berniat sombong ketika
melakukannya, berdasarkan keumumannya.

Adapun orang yang melakukannya kerana sombong, maka dosanya lebih besar
berdasarkan sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam :

“Siapa yang menyeret pakaiannya kerana sombong, Allah tidak akan melihatnya
di hari kiamat.” [Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim]

Ini kerana perbuatan itu menggabungkan antara Isbal dan kesombongan. Kita mengharap
kepada Allah agar Dia memberi keampunan.

Adapun ucapan Nabi Shalallaahu ‘alaihi wa sallam kepada Abu Bakar ketika dia
berkata kepada baginda: ” Wahai Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam,
sarungku sering turun kecuali kalau aku benar-benar menjaganya.” Maka Nabi
Shallallaahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadanya :

“Engkau tidak termasuk orang yang melakukan hal itu kerana sombong.” [Hadits
Riwayat Bukhari dan Muslim]

Hadits ini tidak menunjukkan bahwa Isbal boleh dilakukan bagi orang yang
tidak kerana sombong. Tetapi hadits ini menujukkan bahawa orang yang sarungnya
atau seluarnya melurut tanpa niat sombong kemudian dia benar-benar
menjaganya dan membetulkannya tidaklah berdosa.

Adapun menurunkan seluar di bawah kedua buku lali yang dilakukan sebahagian
orang adalah perbuatan yang dilarang. Dan yang sesuai dengan sunnah adalah
hendak jubah atau yang sejenisnya, hujungnya berada antara setengah betis
sampai buku lali dengan mengamalkan semua hadits-hadits tadi. Dan Allah
adalah sebaik-baik pemberi taufiq.

[Fatwa Syaikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Ibn Baz dinukil dari Majalah Ad Da'wah
hal 220]
http://www.almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=631&bagian=0

[Disalin dari kitab Tadzkiirusy Syabaab Bimaa Jaa’a Fii Isbaalis Siyab,
edisi Indonesia Hukum Isbal Menurunkan Pakaian Dibawah Mata Kaki, alih
bahasa Muhammad Ali bin Ismail, hal 23-25 Terbitan Maktabah Adz-Dzahabi]

Lelaki Bersolat Dengan Memakai Seluar

Mengenai pertanyaan dibawah ini, hendaklah merujuk ke buku:
Koreksi total ritual shalat tulisan Syaikh Mansyur bin Hasan terbitan pustaka
Azzam, di bab:
“Shalat dengan menggunakan baju ketat sehingga menggambarkan bentuk lekuk
tubuh”.

Berikut beberapa kutipan yang diambil dari bab tersebut:

“Adapun jika model seluar yang dipakai ketika shalat tidak ketat dan berukuran
longgar, maka sah sholat yang dikerjakan. Yang lebih baik adalah dipakai
dengan baju yang boleh menutup anggota tubuh antara pusat dan lutut. Akan lebih
baik lagi apabila panjang gamis itu sampai setengah betis atau sampai buku lali.
Hal seperti ini adalah cara menutup aurat yang paling sempurna.”
(Al Fataawaa (I/69) karangan Syaikh Ibn Baaz)

“Jika pakaian tersebut tidak menyebabkan aurat terbentuk dengan jelas kerana
modelnya longgar, dan tidak bersifat transparan (tembus hingga dapat dilihat tubuh badan) sehingga anggota aurat tidak boleh dilihat dari arah belakang, maka boleh dipakai ketika sholat. Namun apabila pakaian itu direrbuat daripada bahan yang tipis sehingga memungkinkan aurat yang memakai dilihat dari belakang, maka shalat yang dikerjakan batal hukumnya. Jika pakaian yang dipakai hanya mempertajam atau memperjelas bentuk aurat saja, maka makruh mengenakan busana tersebut ketika sholat kecuali jika tidak ada
pakaian lain yang dapat dikenakan.”
(Komiti Tetap perbahasan masalah ilmiyah dan fatwa)

http://groups.yahoo.com/group/assunnah/message/32104

Saf kanak-kanak

Seringkali kita perhatikan di kebanyakkan masjid atau surau kedudukan saf kanak-kanak semasa solat berjemaah diasingkan daripada saf orang-orang dewasa. Fenomena ini merupakan fenomena biasa yang telah berlaku di negara kita Malaysia secara khusus semenjak dari dahulu lagi. Tidak dinafikan bahawa pendapat yang menyatakan saf kanak-kanak perlu diasingkan daripada saf dewasa juga sebahagian daripada ijtihad ulama berdasarkan beberapa dalil yang akan dibincangkan.


Satu perkara yang penting untuk diingatkan bahawa pendapat ijtihad para ulama terdedah kepada kesalahan, walaupun demikian mujtahid yang berijtihad tetapi ijtihadnya tidak tepat baginya satu pahala sementara bagi ijtihad yang betul dua pahala, seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.


Amr bin al-‘As r.a pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:


إذَا حَكَمَ الحَاكِمُ فَاجتَهدَ ثُمَّ أصَابَ فَلَهُ أجْرَان، وَإِذَا حَكَمَ فَاجْتَهدَ ثُمَّ أخْطَأَ فَلَهُ أجْرٌ.


Maksudnya:
Apabila seorang hakim berijtihad kemudian ijtihadnya betul, dia mendapat dua pahala. Apabila dia berijtihad tetapi salah, dia tetap mendapat satu pahala.”


Bagi mereka yang telah mengetahui bahawa sesuatu pendapat itu tidak tepat, maka kewajipannya berpegang kepada pendapat yang berdasarkan dalil yang tepat dan tinggalkan pendapat yang tidak kuat.


1- Galakan membawa anak ke masjid


Membawa anak-anak ke masjid ialah suatu perbuatan yang amat digalakkan, ini kerana dengan melaziminya akan membiasakan mereka untuk bersolat di masjid. Adalah menjadi tanggungjawab serta perhatian kepada setiap ibubapa atau penjaga, apabila anak-anak mereka mencapai usia tujuh tahun untuk disuruh melakukan solat dan melazimi mereka ke masjid. pukullah mereka setelah mencapai sepuluh tahun sekiranya mereka tidak melakukan solat.


Nabi s.a.w bersabda di dalam sebuah hadis yang sahih diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud:


مُرُوا أَوْلاَدَكُم بِالصَّلاَةِ وَهُم أبنَاءُ سَبْعِ سِنِيْنَ، وَاضْرِبُوهُم عَلَيها وَهُم أبنَاءُ عَشْرٍ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ.


Maksudnya:
Perintahkanlah anak-anak kamu untuk mendirikan solat ketika umur tujuh tahun, dan pukullah mereka (sekiranya mereka tidak mendirikan solat) ketika umur mereka sepuluh tahun, serta pisahkanlah tempat tidur mereka antara lelaki dan perempuan.


Inilah tarbiyyah (didikan) kepada anak-anak yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. menunjukkan betapa pentingnya kedudukan solat itu di dalam Islam. Disamping menyuruh mereka bersolat dan memukulnya sekiranya mereka meninggalkannya, ibubapa juga perlu memberi perhatian dalam memisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan.


Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Qatadah al-Ansori r.h. beliau berkata:
رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى الله عليه وَسَلَّم يَؤُمُّ النَّاسَ وأُمَامَةُ بِنْت أبِي العَاص وَهِيَ ابنَةُ زَيْنَبَ بِنْت النبي صَلَّى الله عليه وَسَلَّم عَلَى عَاتِقِهِ، فَإذَا رَكَعَ وَضَعَهَا وَإِذَا رَفَعَ مِن السُّجُوْدِ أَعَادَهَا.


Maksudnya:
Aku melihat Nabi s.a.w mengimami solat sedang mendukung Umamah binti Abi al-As yang juga anak perempuan Zainab binti Rasulillah s.a.w. Apabila baginda rukuk diletakkannya dan apabila bangun dari sujud baginda mengangkatnya semula.


Daripada hadis ini beberapa pelajaran yang boleh diperolehi:

  • Perbuatan Nabi s.a.w. mendukung cucunya Umamah sewaktu mengimami solat menunjukkan tiada halangan membawa masuk kanak-kanak ke dalam masjid.
  • Faedah lain yang boleh diperolehi dari hadis ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang belum mumaiyiz tidak membatalkan solat seseorang seperti yang disalah fahami oleh sebahagian pihak dengan menyatakan sekiranya kanak-kanak berada di dalam satu saf dengan orang dewasa akan menyebabkan satu saf terbatal. Pendapat ini batil sama sekali.
  • Pergerakan yang lebih dari tiga kali tidak membatalkan solat seseorang. Perbuatan Nabi s.a.w meletak dan mengangkat cucunya ketika solat sudah pasti melebihi tiga pergerakan yang besar tetapi ianya tidak membatalkan solat baginda s.a.w.

Kesimpulannya sekiranya kanak-kanak yang mencapai umur mumaiyiz iaitu dalam lingkungan tujuh tahun ke atas maka tidak dihalang membawa anak-anak ke masjid bahkan ianya digalakkan sebagai latihan untuk membiasakan mereka bersolat di masjid. Adapun kanak-kanak yang kurang dari umur tujuh tahun atau yang belum mumaiyiz maka ia tidak digalakkan kecuali sekiranya boleh dikawal dari mengganggu orang lain atau mengotorkan masjid. Juga sekiranya ada hajat yang mendesak, contohnya tiada sesiapa yang boleh menjaganya di rumah dan sebagainya. Ini antara yang dinyatakan oleh Lajnah Daimah iaitu majlis fatwa Saudi juga pendapat yang dikemukan oleh Syeikh Soleh al-Fauzan.


Adapun hadis yang diguna oleh sebahagian pihak yang melarang membawa kanak-kanak ke masjid merupakan hadis yang dhoif dan tidak boleh dijadikan hujah iaitu:

Hadisnya berbunyi:
جَنِّبُوا مَسَاجِدَكُمْ صِبْيَانَكُمْ..

Maksudnya: Jauhkanlah kanak-kanak dari masjid. hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Hibban(hadis dhoif).


2- Saf kanak-kanak

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Anas r.h. beliau berkata:
أنَّهُ عَلَيْهِ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَم صَلَّى في بيتٍ أُمِّ سُلَيْمٍ فَقُمْتُ أَناَ وَيَتِيْمٌ خَلْفَهُ وَأُمِّ سُلَيْم خَلْفَنَا


Maksudnya:
Nabi s.a.w. bersolat dirumah Ummu Sulaim, Aku (Anas) dan seorang yatim mengikutnya bersolat dibelakangnya dan Ummu Sulaim dibelakang kami.

Ibn Abbas r.h. berkata:


تُّ عِنْدَ خَالَتِي مَيْمُونَةَ، فَقَامَ النَّبِي صَلَّى الله عليه وَسَلَّم يُصَلِّيبِ مِنَ اللَيْلِ، فَقُمْتُ أُصَلِّي مَعَهُ، فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ، فَأَخَذَ بِرَأْسِي وَأَقَامَنِي عَنْ يَمِيْنِهِ.

Maksudnya:
Aku bermalam di rumah ibu saudaraku Maimunah, pada malam itu Nabi s.a.w. bersolat. Maka akupun bersolat bersamanya lalu berdiri di sebelah kirinya. Kemudian Nabi s.a.w. memegang kepalaku sambil menarik aku ke sebelah kanannya. Hadis riwayat al-Bukhari.

Kedua-dua hadis di atas dalil menunjukkan kanak-kanak yang belum baligh boleh bersolat bersama orang dewasa tanpa mencacatkan solatnya. Hadis yang pertama Anas bersolat bersama seorang anak yatim di belakang Nabi s.a.w. maka sudah tentu anak yatim tersebut seorang yang belum baligh, sekiranya sudah baligh tidak dipanggil anak yatim lagi. Semetara hadis yang kedua Ibn Abbas yang ketika itu masih kecil bersolat disebelah Nabi s.a.w.

Jelaslah bahawa tiada saf yang khusus dijadikan untuk kanak-kanak seperti yang dilakukan oleh sebahagian masjid. kanak-kanak boleh dimasukkan sekali ke dalam saf orang dewasa.

Di dalam kitab-kitab feqah dinyatakan susunan saf ketika solat berjemaah seperti yang dinyatakan oleh Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya “al-Mufassal” jilid 1, hal. 244-245, hendaklah saf dimulai orang dewasa kemudian diikuti oleh kanak-kanak kemudian khunsa seterusnya perempuan dan akhirnya kanak-kanak perempuan. Pendapat ini juga dipegang oleh mazhab hanbali, seperti yang dinyatakan di dalam kitab “al-Mughni” jilid 2 hal. 429.

Dikalangan ulama’-ulama’ syafieyyah juga berpendapat sedemikian. Tetapi saya melihat walupun mereka berkata demikian iaitu susunan saf seperti yang dinyatakan “dimulai orang dewasa kemudian diikuti oleh kanak-kanak kemudian khunsa seterusnya perempuan dan akhirnya kanak-kanak perempuan” namun mereka tidak mengkhususkan satu saf untuk kanak-kanak sehingga mereka langsung tidak boleh bersolat satu saf dengan orang dewasa. Ini dibuktikan dengan apa yang dinyatakan oleh Imam Khatib al-Syarbini di dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj ila Makrifati Ma’ani alfaz al-Minhaj, jilid 1, hal. 492:


وَإِنَّمَا تُؤَخِّرُ الصِّبْيَان عَنْ الرِّجَالِ كمَا قالَ الأذْرَعِي إذَا لَمْ يَسعَهُم صَفَّ الرِّجَال وإلا كَمَلَ بِهِمْ.


Maksudnya:
Adapun dibelakangkan kanak-kanak daripada orang dewasa seperti yang diperkatakan oleh al-Azraie apabila saf orang dewasa telah penuh, tetapi sekiranya terdapat kekosongan pada saf orang dewasa maka ianya diisi dengan kanak-kanak.

Jelas daripada apa yang dikatakan oleh Imam Khatib al-Syarbini ini. sekiranya saf orang dewasa terdapat kekosongan maka saf tersebut perlu diisi dengan kanak-kanak. Tidak terdapat di sana saf yang dikuhususkan kepada kanak-kanak. Wallahu a’lam.


3- Mengkhususkan saf untuk kanak-kanak


1- Antara dalil yang digunakan oleh mereka yang mengkhususkan saf bagi kanak-kanak sehingga menjadikan saf kanak-kanak jauh di belakang masjid ialah hadis yang diriwayatkan Muslim:


لِيَلِنِي مِنْكُم أُوْلُو الأَحْلاَمِ وَالنُّهَى ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُونَهُم، ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُونَهُمْ

Maksudnya:
Hendaklah mereka yang berada dibelakangku ahli ahlam (baligh) dan Nuha (beraqal), kemudian seterusnya dan seterusnya…(juga maksud ulil ahlam dan nuha ialah mereka yang mempunyai ilmu dan tahu hukum hakam solat berjemaah, boleh membetulkan imam sekiranya tersilap)

Syeikh Soleh Ibn Utsaimin menjawab: dalil ini tidak tepat untuk dijadikan hujah mengasingkan kanak-kanak daripada saf orang dewasa. Ia juga bertentangan dengan sabda Nabi s.a.w.


مَنْ سَبَقَ إِلَى مَا لَمْ يَسْبِقُهُ إِلَيْهِ أَحَدٌ فَهُوَ أَحَقُّ بِهِ

Maksudnya: sesiapa yang mendahului orang lain kepada sesuatu maka dia lebih berhak mendapatkannya.

Hadis yang diriwayatkan Muslim di atas membawa maksud galakkan dan gesaan kepada ulil ahlam dan nuha iaitu yang baligh dan beraqal supaya berada di belakang Rasulullah kerana mereka lebih faham daripada kanak-kanak.

Nabi tidak menyatakan لاَ يَلِيْنِي إلاَّ أُوْلُو الأَحْلاَمِ وَالنُّهَى yang bermaksud jangan berada dibelakangku kecuali yang baligh dan beraqal. Sekiranya lafaz hadis datang seperti lafaz ini iaitu tegahan berada dibelakang Nabi kecuali kepada mereka yang dinyatakan maka ketika itu barulah membawa hukum kanak-kanak tidak boleh berada di saf belakang Nabi s.a.w.

Tetapi walaupun demikian para ulama’ bersetuju bahawa mereka yang sepatutnya berada di belakang imam ialah mereka yang baligh dan beraqal yang mempunyai ilmu tentang solat, supaya sekiranya terjadi sesuatu maka orang yang berada di belakang imam tahu apa yang perlu dilakukan.

Ibn Qudamah al-Maqdisi menyatakan:


السُّنَّةُ: أَن يَتَقَدَّمَ فِي الصفِّ الأوَّل الفَضْلُ وَالسِّنُّ، وَيَلِي الإمام أكْمَلُهُم وَأفضَلُهم، قال أحمد: يَلِي الإمامُ الشُّيُوخُ وأهلُ القُرْآنِ وَتُؤَخِّرُ الصِبْيَانَ وَالغِلمانَ وَلاَ يَلُونَ الإمَام.

Maksudnya:
Sunnah: mendahului mereka yang baik dan berumur pada saf yang pertama, dan mereka yang berada dibelakang imam yang paling baik dan sempurna dikalangan mereka. Imam Ahmad berkata: yang berada di belakang imam mereka yang lebih tua, dan ahli al-Quran, dan di belakangkan kanak-kanak serta tidak di tempatkan di belakang imam. (Al-Mughni, jilid 2, hlm.429)


Ingin saya ingatkan bukan hanya kanak-kanak sahaja yang tidak sepatutnya duduk dibelakang imam tetapi merupakan satu kesalahan juga sebahagian orang awam yang sering melazimi belakang imam sedangkan mereka tidak tahu hukum hakam yang berkaitan dengan solat berjemaah. Nanti akan menyebabkan mereka tidak tahu tindakan yang perlu dilakukan apabila terjadi sesuatu kepada imam.


2- Satu lagi dalil yang dijadikan hujah untuk mengasingkan kanak-kanak daripada saf orang dewasa ialah hadis:


كَانَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عليه وَسَلَّمَ يَجْعَلُ الرِّجَال قدَّام الغِلْمَان، والغلمانُ خَلْفَهُم، والنِّسَاءُ خَلْفَ الغِلْمَان

Maksudnya:
Rasulullah s.a.w. menjadikan saf orang dewasa dihadapan kanak-kanak, dan saf kanak-kanak dibelakang mereka semetara saf perempuan di belakang kanak-kanak.

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Dawud. Syeikh al-Albani menyatakan:
“Sanad (rangkaian perawi) hadis ini dhoif (lemah). Terdapat seorang periwayat hadis yang lemah namanya Syahr bin Husyab. Menjadikan saf kanak-kanak di belakang saf dewasa aku tidak mendapati hadis yang lain kecuali hadis ini sahaja dan ianya tidak boleh dijadikan hujah. Aku berpendapat tidak mengapa kanak-kanak bersolat sekali dengan saf dewasa sekiranya terdapat kekosongan. Hadis Anas yang bersolat bersama seorang anak yatim dibelakang Rasulullah s.a.w. menjadi hujah dalam masalah ini.” (Tamamul Minnah, hlm. 284)

3- Antara hujah yang digunakan juga ialah kanak-kanak itu menaggung najis yang sekiranya bersolat bersama di dalam satu saf maka akan batallah satu saf tersebut. Hujah ini hujah yang tidak dibina di atas dalil al-Quran dan sunnah. Bahkan seperti yang dinyatakan Nabi s.a.w. mendukung Umamah cucunya ketika solat.

Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan:
Hadis menunjukkan bersihnya pakaian kanak-kanak, sekiranya dihukumkan najis sudah tentu Nabi tidak mendukungnya, begitu juga yang dinaskan (disebut) oleh Imam al-Syafie dan selainnya.

Mengasingkan kanak-kanak di belakang masjid atau menyisihkan mereka sewaktu berada di masjid akan mengundang perkara negatif seperti:

  • Akan menyebabkan kanak-kanak tidak suka kepada masjid, apabila ini berterusan ia akan melekat di dalam dirinya. Apabila mereka meningkat dewasa mereka akan menjauhkan diri dari institusi masjid.
    Mereka akan merasakan masjid bukan tempat untuk kanak-kanak atau orang muda kerana apabila mereka datang ke masjid seolah-olah mereka ini tidak dilayan dan ditempatkan di saf yang paling belakang.
  • Mereka akan merasakan mereka tiada hak untuk duduk di dalam saf, ini kerana apabila hadir awal dan duduk di saf hadapan maka pasti akan ada siak yang menyuruhnya ke belakang sedangkan tempat itu merupakan haknya.
  • Menimbulkan rasa benci kepada orang yang memarahi dan menyuruhnya duduk di belakang. Sehingga sebahagian masjid ada menyediakan pegawai yang memegang rotan untuk mengawal kanak-kanak.
    Keburukan apabila mengumpulkan kanak-kanak di satu tempat di belakang masjid sudah pasti mereka akan bermain sesama sendiri dan membuat bising seterusnya mengganggu orang yang berada di dalam masjid. Itu merupakan fitrah kanak-kanak. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku adalah lebih baik kanak-kanak itu duduk bersama ayahnya atau penjaganya sewaktu berada di dalam masjid kerana ini menghalang untuk mereka berkumpul dan membuat bising.


4- Mendahului kanak-kanak yang mempunyai kelebihan


Kanak-kanak yang mempunyai kelebihan seperti mereka yang menghafal al-Quran dan bagus bacaannya atau kanak-kanak yang dianugerahkan Allah akan ilmu dalam agama boleh dikehadapankan daripada orang awam biasa. Sehingga boleh dilantik sebagai imam walaupun belum mencapai usia baligh. Imam Khatib al-Syarbini menyatakan:


وَقِيْل: إنْ كَانَ الصِبْيَانُ أفضَلُ مِن الرِّجَالِ كَأَنْ كَانُوا فِسْقَة وَالصِبْيَانُ صَلْحَاء قَدِّمُوا عَلَيْهِم، قَالَهُ الدَّارِمِي.


Maksudnya:

Dikatakan: sekiranya kanak-kanak lebih afdhal (baik) daripada orang dewasa seperti merka fasiq tetapi kanak-kanak itu dari kalangan baik dan bagus maka kanak-kanak itu dikehadapankan daripada orang dewasa. Pendapat ini disebutkan oleh al-Darimi. (Mughni al-Muhtaj, jilid 1, hlm. 492)

Persoalan yang mungkin timbul ialah adakah sah solat yang diimami oleh kanak-kanak yang belum baligh?


Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Amr bin salamah al-Jurmi mengimami kaumnya sedangkan umurnya ketika itu enam atau tujuh tahun.

Nabi s.a.w. bersabda:


أنه يَؤُمُّهُم أكثَرُهُم قُرْآناً

Maksudnya:
Yang mengimami mereka ialah yang paling baik bacaan al-Qurannya.
Ketika dibaca sabda Nabi ini, orang ramai melihat-lihat kiri dan kanan maka mereka dapati tidak ada orang lain yang lebih baik bacaannya kecuali Amr bin salamah al-Jurmi, kemudian beliau mengimami solat kaumnya. Hadis ini dalil kepada sahnya solat yang diimami oleh kanak-kanak yang belum baligh.

Fatwa ini juga dinyatakan oleh Syeikh Abdul Aziz ibn Baz dan Syeikh Muhammad Soleh ibn Utsaimin

-والله تعالى أعلم-

Tatacara Solat Taubat

Assalaamu’alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh…

Pertanyaan ini pernah di tanyakan ke dalam milis ini…Dan ini
jawapannya…

Wassalaamu’alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh…

Buku Al Masaail jilid IV Masalah ke 95 Hal. 311-314. Disusun oleh Ustaz
Abdul Hakim bin Amir Abdat

حدثنا مسدد ثنا أبو عوانة عن عثمان بن المغيرة الثقفي عن علي بن ربيعة الأسدي عن أسماء بن الحكم الفزاري قال سمعت عليا رضي الله عنه يقول : كنت رجلا إذا سمعت من رسول الله صلى الله عليه وسلم حديثا نفعني الله منه بما شاء أن ينفعني وإذا حدثني أحد من أصحابه استحلفته فإذا حلف لي صدقته قال وحدثني أبو بكر وصدق أبو بكر رضي الله عنه أنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ما من عبد يذنب ذنبا فيحسن الطهور ثم يقوم فيصلي ركعتين ثم يستغفر الله إلا غفر الله له ثم قرأ هذه الآية والذين إذا فعلوا فاحشة أو ظلموا أنفسهم ذكروا الله إلى آخر الآية

Ertinya :
Dari Asmaa’ bin Hakam Al Fazaariy dia berkata : Aku pernah mendengar Ali
radhiyallahu’ anhu berkata : Aku adalah seorang apabila mendengar
dari Rasulullah shallallahi ‘alaihi wa sallam sesuatu hadits, nescaya
Allah memberikan manfaat kepadaku apa yang Ia kehendaki. Dan apabila
salah seorang Shahabat-Shahabat baginda menceritakan (sesuatu hadits)
maka aku meminta kepadanya agar dia bersumpah, maka apabila dia telah
bersumpah kepadaku, aku pun membenarkannya. Dan Abu Bakar telah
menceritakan kepadaku (sesuatu Hadits) dan Abu Bakar adalah seorang yang
benar (as Shiddiq), dia berkata Aku pernah mendengar Rasulullah
shallallahi ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidak seorang hamba pun yg
telah mengerjakan sesuatu dosa, lalu dia membaguskan wudhu’nya, kemudian
berdiri shalat dua raka’at kemudian (selesai shalat) dia memohon ampun
kepada Allah (atas dosanya tsb),
melainkan Allah akan mengampuni (dosa)nya ; kemudian beliau membaca ayat
: Dan orang-orang yang mengerjakan perbuatan yang keji atau
menganiaya diri sendiri, mereka segera mengingati Allah….. (Surat Ali
Imran 135)

SHAHIH atau HASAN. Telah dikeluarkan oleh Abu Dawud (No. 1521,
Tirmidzy (1/252 &296), Ibnu Majah (no. 1395), Ahmad (1/2,9,10, Al
Humaidy di Musnad-nya (No. 4), Ath Thayaalisiy di Musnad-nya (hal.
2), Ibnu Hibban (no. 2454-Mawaarid), Nasaa-i di kitabnya “Amalul Yaum
wa Lailah (No. 417, 418, 419 & 420)

Syarah Hadits :

1. Shalat taubat hukumnya Sunat, untuk menyempurnakan kewajipan taubat yg hukumnya wajib.
2. Jumlah raka’atnya dua raka’at
3. Waktunya bersamaan dengan taubat ketika melakukan dosa, meskipun bertepatan dengan waktu-waktu yang terlarang, boleh menurut pendapat yang lebih kuat dari dua pendapat ulama tentang shalat-shalat sunat yang
ada sebabnya seperti shalat taubat, shalat tahiyyatul masjid shalat intizhaar dan lain-lain. Alasannya telah dijelaskan dengan hujjah yang sangat kuat oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah (Majmu’ Fatawa (23/215)
4. Selesai shalat dua raka’at, kemudian memohon ampun bertaubat atas dosa yang dia lakukan sesuai dengan zhahirnya hadits.
5. Shalat Taubat dua raka’at meskipun hukumnya tidak wajib, tetapi dia mempunyai keutamaan yang sangat besar sekali, yaitu diampunkan dosanya sebagaimana ketegasan sabda nabi yang mulia shallallahu ‘alaihi wa sallam

http://groups.yahoo.com/group/assunnah/message/32154

Hukum Wanita Memakai Purdah!

Oleh
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani

Pertanyaan.
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani ditanya : “Bagaimana hukum wanita menutup muka (purdah) ?”

Jawapan.
Kami tidak mengetahui ada seorangpun daripada shahabat yang mewajibkan hal itu. Tetapi lebih utama dan lebih mulia bagi wanita untuk menutup wajah. Adapun mewajibkan sesuatu wajib berdasarkan hukum yang jelas di dalam syari’at. Tidak boleh mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan Allah.

Oleh kerana itu saya telah membuat satu bab khusus di dalam kitab ‘Hijabul Mar’aatul Muslimah’, untuk membantah orang yang menganggap bahawa menutup wajah wanita adalah bid’ah. Saya telah jelaskan bahawa hal ini (menutup wajah) adalah lebih utama bagi wanita.

Hadits Ibnu Abbas menjelaskan bahawa wajah dan kedua telapak tangan bukan termasuk aurat, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam ‘Al-Mushannaf’.

Pendapat kami adalah bahawa hal ini bukanlah hal yang baru. Para ulama dari kalangan ‘As Salafus Shalih’ dan para ahli tafsir seperti Ibnu Jarir Ath-Thabari dan lain-lain mengatakan bahwa wajah bukan termasuk aurat tetapi menutupnya lebih utama.

Sebahagian daripada mereka berdalil tentang wajibnya menutup wajah bagi wanita dengan kaedah.

“Ertinya : Mencegah kerosakan didahulukan daripada mengambil kemanfaatan”

Tanggapan saya.
Memang kaeidah ini bukan bid’ah tetapi sesuatu yang berdasarkan syari’at. Sedangkan orang yang pertama menerima syari’at adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian orang-orang yang menerima syari’at ini daripada beliau adalah para shahabat. Para Shahabat tentu sudah memahami kaedah ini, walaupun mereka belum menyusunnya dengan tingkatan ilmu ushul feqh seperti di atas.

Telah kami sebutkan dalam kitab ‘Hijaab Al-Mar’aatul Muslimah’ kisah seorang wanita ‘Khats’amiyyah’ yang dipandang oleh Fadhl bin ‘Abbas ketika Fadhl sedang dibonceng oleh Nabi Shallallahu ‘laihi wa sallam, dan wanita itupun melihat
Fadhl. Diaa adalah seorang yang tampan dan wanita itupun seorang yang cantik. Kecantikan wanita ini tidak mungkin boleh diketahui jika wanita itu menutup wajahnya dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika itu memalingkan
wajah Fadhl ke arah lain. Yang demikian ini menunjukkan bahawa wanita tadi membuka wajahnya.

Sebahagian mereka mengatakan bahawa wanita tadi di dalam keadaan berihram, sehingga boleh baginya membuka wajah sedangkan tidak ada tanda-tanda sedikitpun bahawa wanita tadi sedang berihram. Dan saya telah mentarjih (menguatkan) dalam kitab tersebut bahawa wanita itu berada dalam keadaan setelah melempar jamrah, iaitu setelah ‘tahallul’ awal.

Dan seandainya benar wanita tadi memang benar sedang berihram, mengapa Rasulullah tidak menerapkan kaedah di atas, iaitu kaedah mencegah kerosakan .?!

Kemudian kami katakan bahawa pandangan seorang lelaki terhadap wajah wanita, tidak ada bezanya dengan pandangan seorang wanita terhadap wajah lelaki dari segi syari’at dan dari segi tabi’at manusia.

Oleh sebab itu Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“Ertinya : Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman. ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya” [An-Nuur : 30]

Maksudnya daripada (memandang) wanita.

Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“Ertinya : Dan katakanlah kepada wanita yang beriman. ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya” [An-Nuur : 31]

Maksudnya iaitu jangan memandang seorang lelaki.

Kedua ayat diatas mengandungi hukum yang sama. Ayat pertama memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah wanita dan ayat kedua memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah lelaki.

Sebagaimana kita tahu pada ayat kedua tidak memerintahkan seorang lelaki untuk menutup (wajahnya). Demikian pula ayat pertama tidak memerintahkan seorang wanita untuk menutup wajah.

Kedua ayat di atas secara jelas menyatakan bahawa di zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ada sesuatu yang biasa terbuka dan boleh dilihat iaitu wajah. Maka Allah, Si Pembuat syari’at dan Yang Maha Bijaksana memerintahkan kepada kedua jenis menusia (lelaki dan perempuan)untuk menundukkan pandangan masing-masing.

Adapun hadits.

“Ertinya : Wanita adalah aurat”

Tidak berlaku secara mutlak. Karena tidak mungkin seseorang boleh menampakkan
auratnya di dalam shalat.[1]

Yang berpendapat bahawa wajah wanita itu aurat adalah minoriti ulama. Sedangkan yang berpendapat bahawa wajah bukan aurat adalah maajoriti ulama (Jumhur).

Hadits diatas, yang berbunyi.

“Ertinya : Wanita adalah aurat, jika dia keluar maka syaithan memperindahkannya”

Tidak boleh diartikan secara mutlak. Ini kerana ada kaedah yang berbunyi :

“Dalil umum yang mengandungi banyak cabang hukum, dimana cabang-cabang hukum itu tidak boleh diamalkan berdasarkan dalil umum tersebut, maka kita tidak boleh berhujah dengan dalil umum tersebut untuk menentukan cabang-cabang hukum tadi”.

Misalnya : Orang-orang yang menganggap bahawa ‘bid’ah-bid’ah’ itu baik adalah berdasarkan dalil yang sifatnya umum. Contoh : Di negeri-negeri Islam seperti Mesir, Syria, Jordan dan lain-lain…. ramai orang yang membaca shalawat
ketika memulai adzan. Mereka melakukan ini berdasarkan dalil yang sangat umum iaitu firman Allah.

“Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya” [Al-Ahzaab : 56]

Dan dalil-dalil lain yang menjelaskan keutamaan shalawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang merupakan dalil-dalil umum (yang tidak boleh dijadikan hujjah dalam adzan yang memakai shalawat, karena ia memerlukan dalil khusus, wallahu a’lam, -pent-).

Mewajibkan wanita menutup wajah. Berdasarkan hadits : “Wanita adalah aurat”, adalah sama dengan keadaan di atas. Ini kerana wanita (Shahabiyah) ketika melaksanakan shalat mereka umumnya membuka wajah. Demikian pula ketika mereka pulang dari masjid, sebahagian mereka menutupi wajah, dan sebahagian yang lain masih membuka wajah.

Oleh yang demikian hadits diatas (wanita adalah aurat), tidak termasuk wajah dan telapak tangan. Prinsip ini tidak pernah bertentangan dengan praktik orang-orang salaf (para shahabat).

[Disalin dari kitab Majmu'ah Fatawa Al-Madina Al-Munawarah, edisi Indonesia
Fatwa-Fatwa AlBani, hal 150-154 Pustaka At-Tauhid]
_________
Foote Note
[1] Maksud beliau adalah bahwa orang yang berpendapat tentang wajibnya menutup
wajah bagi wanita pun bersepakat tentang bolehnya wanita membuka wajahnya, yang
menurut mereka adalah aurat, ketika shalat, maka hal ini menunjukkan bahwa
hadits di atas tidaklah berlaku secara mutlak [-pent]

Sumber : http://almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=780&bagian=0

Hukum Memakai Pakaian Sempit, Singkat di hadapan wanita lain dan anak-anak lelaki

Oleh
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin
sumber http://www.almanhaj.or.id

Pertanyaan
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya : Apakah wanita yang memakai
pakaian yang sempit di hadapan wanita-wanita lain termasuk kategori yang disebut di dalam hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “ Wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang…” sehingga akhir hadits.

Jawapan:
Tidak disangsikan lagi bahawa wanita tidak boleh memakai pakaian sempit yang
mendatangkan fitnah bagi dirinya, demikian itu tidak boleh kecuali kepada
suaminya sahaja. Adapun kepada yang lainnya tidak boleh walaupun di hadapan
wanita lainnya. Apabila mereka melihat dia berpakaian demikian, maka pasti
akan mengikutinya, sedangkan wanita itu diwajibkan untuk menutup auratnya
dengan pakaian yang menutupi dan menghalangi pandangan setiap orang, kecuali
kepada suaminya, demikian pula wajib dia menutup auratnya di depan
wanita-wanita lain sebagaimana di hadapan lelaki kecuali apa yang sudah
terbiasa dibuka di kalangan para wanita, seperti muka, kedua tangan dan
kaki, iaitu bahagian-bahagian yang sering dibuka kerana adanya keperluan.

[Durus wa Fatawa Haramil Maki, Syaikh Ibnu Utsaimin. 3/264]

HUKUM MENGENAKAN PAKAIAN YANG BERLENGAN PENDEK TERBUKA DAN SEMPIT

Pertanyaan
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya : Apakah hukum wanita yang
mengenakan pakaian yang berlengan pendek, di atas pergelangan tangan, dan
terbuka di bahagian leher, punggung atau betisnya di hadapan wanita lain? Dan
apa hukum mengenakan pakaian yang sempit dan tipis di hadapan wanita lain
tanpa ada lelaki? Apa hukumnya mengenakan pakaian pendek hingga pertengahan
betis?

Jawapan:
Menurut saya tidak boleh bagi wanita mengenakan pakaian jenis ini meskipun di
hadapan wanita, karena tergolong dalam hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
sallam

“Ertinya : Ada dua golongan ahli Neraka dari umatku, saya tidak melihat
mereka sebelumnya; wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, sesat dan
menyesatkan, kepala mereka seperti punduk unta yang miring. Mereka tidak akan
masuk syurga dan tidak boleh mencium baunya. Dan para lelaki yang memegang
cambuk seperti ekor sapi yang dipakai untuk mencambuki manusia”.

Para ulama menyatakan, erti berpakaian tapi telanjang adalah bahawa para
wanita ini mengenakan pakaian yang sempit, tipis atau pendek.

Petunjuk daripada para isteri-isteri sahabat dahulu, bahawa mereka mengenakan
pakaian yang sampai ke mata kaki, hingga pergelangan tangan kecuali apabila
akan keluar, maka mereka mengenakan pakaian yang memanjang hingga lebih
rendah dari sebelumnya dan lebih panjang dari pergelangan, atau kadang-kala
mengenakan sarung tangan, berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
sallam bahawa para wanita dilarang untuk mengenakan sarung tangan ketika
sedang ihram.ini menunjukkan bahawa mengenakan sarung tangan sudah menjadi
kebiasaan pada saat itu. Kalau tidak, maka tidak perlu lagi ada larangan untuk mengenakannya saat ihram (untuk haji dan umrah).

[Fatawa Tertulis yang ditandatangani oleh Syaikh Ibnu Utsaimin]

MENGENAKAN PAKAIAN PENDEK DI HADAPAN ANAK-ANAK LELAKI

Oleh
Syaikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan

Pertanyaan
Syaikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan ditanya : Saya mempunyai empat anak
lelaki dan saya mengenakan pakaian pendek di hadapan mereka. Apa hukum
perbuatan saya tersebut ?

Jawapan:
Tidak diperbolehkan bagi wanita mengenakan pakaian pendek di hadapan
anak-anaknya atau para mahramnya, sebagaimana tidak diperbolehkan baginya
untuk menampakkan sesuatu dari tubuhnya kecuali yang sudah biasa untuk
ditampakkan di hadapan mereka yang tidak menimbulkan fitnah. Ia hanya
diperbolehkan mengenakan pakaian pendek di hadapan suaminya saja.

[Kitab Al-Muntaqa min Fatawas Syaikh Shalih Al-Fauzan, juz 3 hal. 308]

http://www.almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=1424&bagian=0
[Disalin dari kitab Al-Fatawa Al-Jami'ah Lil Maratil Muslimah, edisi
Indonesia Fatwa-Fatwa Tentang Wanita, Penyusun Amin bin Yahya Al-Wazan,
Penerjemah Zaenal Abidin Syamsuddin, Penerbit Darul Haq]

Video Rakaman 'Tanyalah Ustaz', Cuti Raya & Terus ‘Berlari'

Video Rakaman 'Tanyalah Ustaz', Cuti Raya & Terus ‘Berlari'

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

tv9.jpg


Saya bersyukur, kepulangan saya ke Malaysia di hujung Ramadhan dan hari Raya Eidilfitri yang lalu diisi dengan pelbagai jenis program. Walaupun keletihan di samping gangguan jetlag, Alhamdulillah, masih juga dapat menyempurnakan tugas-tugasan yang diamanahkan. Cuma saya gembira kerana dapat melalui beberapa pengalaman baru dan menyumbang dengan lebih meluas lagi.

TERUS ‘BERLARI'

Merakaman 4 slot rancangan Muqaddimah di luar studio Seri Pentas TV3, merupakan satu penglaman baru khususnya di ketika berpuasa. Saya Berjaya mengulas empat topik bagi empat slot Muqaddimah untuk siaran TV9 iaitu :

  • 1) Kedudukan Wanita Dalam Islam
  • 2) Adab Berbeza Pandangan
  • 3) Adakah Hukum Islam Menyusahkan?
  • 4) Rezeki Halal Ibadah Maqbul

Kesemua rakaman ini masih belum disiarkan, saya difahamkan ia akan mula disiarkan pada akhir bulan Oktober atau awal November ini InshaAllah. Jutaan terima kasih kepada Akhi Nasran dan Puan Shamsinar kerana memberi ruang.

PERNIAGAAN RANGKAIAN SECARA ISLAM

Di samping itu, saya juga bersyukur kerana dapat menyumbang kepada kemunculan skim Multi Level Marketing yang dilakar menuruti hukum Fiqh Islam. Berita berkenaan hal ini boleh dilihat di link berikut dan berikut .

RAKAMAN DOKUMENTARI

Antara program lain yang juga pengalaman baru adalah rakaman dokumentari solat yang diuruskan oleh Layar Consult Sdn Bhd untuk terbitan Astro Oasis. Sempat merkaman 4 episod untuk siaran ini. Selain itu, saya juga perlu ke pejabat Utusan Malaysia dan Berita Harian untuk sesi temurama. Sebelah malamnya pula diisi dengan tazkirah ringkas di Masjid Puchong Indah.

Pengalaman merakam suara dan temuramah semasa berpuasa, terasa amat mendahagakan, khususnya dalam suasana baru pulang ke Malaysia. Amat terasa kepanasan dan dahaganya berpuasa di Malaysia berbanding di United Kingdom yang tidak menghauskan, cuma lebih lapar.

Digigit cuaca yang panas, mandian peluh, jetlag, rakaman suara dan bertutur sehingga beberapa jam, terus menerus, agak menguji saya dan memberikan pengalaman agak manis. Terasa kerdilnya diri berbanding para pejuang Islam di zaman Nabi s.a.w yang memasuki perang Badar di padang Pasir dalam keadaan berpuasa, juga teringat kisah peperangan sukar di Hunayn. Moga amalan kita semua diterima Allah walau amat kerdil.

TANYALAH USTAZ TV9

Untuk ahli keluarga sebelah isteri, saya sempat menyampaikan tazkirah Eidilfitri pada pagi raya pertama, manakala keluarag di sebelah saya, tazkirah dilaksanakan pada raya 26 Oktober 2009, Sesi tazkirah diikuti slot 'tanyalah ustaz' dimana ahli keluarga berpeluang bertanya pelbagai isu agama kepada saya secara live, kalau sebelum itu mereka hanya mengiktuinya di TV9, kali ini mereka dapat bertanya live.

Selepas semua urusan keluarga, ziarah saudara. Agenda selepas raya diteruskan. Terdapat dua agenda utama, pada asalnya, iaitu siaran langsung rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 dan mesyuarat Majlis Penasihat Shariah Standard Chartered Saadiq Berhad.

Bagi mereka yang tidak sempat menonton siaran Tanyalah Ustaz, berikut adalah beberapa petikannya.













 















 














u. zaharuddin tanyalah ustaz siri 1 (2/4) from zaharuddin on Vimeo.




 














u.zaharuddin tanyalah ustasz siri 1 (3/4) from zaharuddin on Vimeo.




 















 













ust zaharuddin Tanyalah Ustaz Siri 2 (1/4) from zaharuddin on Vimeo.




 














Ust Zaharuddin Tanyalah Ustaz Siri 2 (2/4) from zaharuddin on Vimeo.




 















 















 















 















 















 














 














 














Sesiapa yang berhasrat untuk menonton penuh semua siri tanpa kurang, boleh download dan menonton di komputer sendiri. Boleh muat turun dari link-link ini.

Beberapa catatan gambar sewaktu di Malaysia baru-baru ini.














LAGI RAKAMAN, URUSAN BUKU DAN RUMAH

Agenda selepas raya juga menjadi amat sibuk apabila saya juga sibuk menguruskan pembelian buku wang, anda dan Islam oleh pihak Perpustakaan Negara sebanyak 475 naskhah. Katanya sebagai penghargaan kepada para penulis buku di Malaysia, Alhamdulillah buku saya terpilih. Semua pembelian dan urusan penghantaran perlu saya uruskan sendiri.

Lebih unik, sempat juga saya menjual kereta Myvi milik isteri saya dan membeli sebuah rumah di Gombak setelah usaha keras mencari dan mengurus dalam tempoh 4 hari. ! Semua urusan perbankan dan guaman bagi kedua-dua transaksi besar itu juga sempat disiapkan sebelum pulang ke United Kingdom.Keputusan pembelian rumah dibuat setelah info rakan, beberapa orang ahli keluarga dan semakan melalui internet mendapati pasaran harga rumah di Malaysia sedang meningkat khususnya di kawasan strategik di sekitar Gombak. Di waktu yang sama, kadar pembiayaan oleh bank-bank Islam pula sedang berada di paras yang amat baik. Setelah menimbang pelbagai perkara, saya nekad dengan keputusan tersebut bagi mengelak harga semakin melambung 1-2 tahun lagi.

Pada masa yang sama juga, sibuk berkejar ke radio IKIM fm untuk rakaman slot buku Untukmu Wanita dan juga 4 slot bicara Multi Level dan perniagaan Islam, StormReaders ( untuk siaran bulan Disember 2009 nanti).

Semasa menghadirkan diri ke studio, sempat bertemu Al-Fadhil Ustaz Zamri Zainul Abidin, dan beliau memaklumkan yang rakaman siri muamalat Islam yang pernah saya lakukan dahulu telah disiarkan di radio IKIM, setiap pagi Isnin jam 7.30 ke 7.42 pagi. Di tengah kesibukan menunggu giliran ke studio rakaman untuk slot Storm readres itu, Ustaz Zamri terus meminta saya untuk merakam sekitar 5 atau enam siri Muamalat bagi siaran akan datang, namun masa tidak mengizinkan, dan akhirnya saya terpaksa merakam sendiri di UK dan mengirimnya ke Malaysia.

Terus terang, keadaan sibuk sebegitu menjadikan kebanyakan pengisian saya terpaksa dibuat secara spontan tanpa persediaan, bagi mereka yang mendengar pastinya dapat menangkap kekurangan tersebut. Apapun, itulah yang terdaya dan sempat disumbangkan buat masyarakat sewaktu kepulangan ke Malaysia baru-baru ini.

Walau kelihatan sibuk pada zahirnya, hakikatnya masih terlalu ramai yang jauh lebih sibuk dan berjasa serta menyumbang berbanding saya, justeru operasi ‘berlumba', mengejar dan terus ‘berlari' dalam memberi manfaat kebaikan Islam akan diteruskan. Yang paling penting, untuk memastikan usaha ini bernilai di sisi Allah dan bukan hanya pada pandangan manusia yang sementara ini. Doakan saya agar istiqamah dan ikhlas..

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

22 Syawal 1430 H

12 Oktober 2009


MENONTON RAKAMAN TANYALAH USTAZ

MUAT TURUN PENUH SEMUA SIRI SEBAGAIMANA DI BAWAH :(IHSAN MYMAKTABY.COM)

NEW 047. Jual Beli & Perniagaan Menurut Islam - Tanyalah Ustaz TV9 (Siri 156) 25 September 2009
Download MP3: http://www.mediafire.com/?idjonykyyuz
Download Video (format FLV): right click - save target as... / save link as...
Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3, Bahagian 4

NEW 048. Jual Beli & Perniagaan Menurut Islam - Tanyalah Ustaz TV9 (Siri 157) 26 September 2009
Download MP3: http://www.mediafire.com/?2d2fyzjyu3m
Download Video (format FLV): right click - save target as... / save link as...
Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3, Bahagian 4

NEW 049. Jual Beli & Perniagaan Menurut Islam - Tanyalah Ustaz TV9 (Siri 158) 27 September 2009
Download MP3: http://www.mediafire.com/?2ymiygmlwij
Download Video (format FLV): right click - save target as... / save link as...
Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3, Bahagian 4